Nasi ayam fast track sedappppppp hari ni !!!


bahan ape ade dalam peti

🌾Ayam 1 ekor potong 4, rebus dgn 2 liter air, buh la kiub ayam 1, serai, bunga lawang kayu manis dan garam rebus 20 minit atau mendidih.
🌾Bila dah masak angkat ayam masuk bekas lain. Lumurkan dengan kicap manis, madu, sos tiram n sikit marjerin, masukkan dlm non stick pan, tutup n masak api kecik. Tu biarkan aje, tau2 masak je nanti. Boleh la balik2 kan sekejap.
🌾Nasi ayam- basuh 2 cawan beras basmathi n toskan. Panaskan periuk buh butter 2 sudu, bawang merah putih halia blend 2 sudu, serai ketuk, kiub ayam 1, serbuk kunyit 1 cubit, daun pandan 2 lai,.. Agak2 dh naik bau masuk beras... Kacau2 beras seminit masuk susu cair 1/2 cawan, air rebusan ayam tadi 4 cawan. Tutup. Bila dah nak kering kecikkan api n tutup lagi... Sehinggalah nasi masak.
🌾Sup - Amek air rebusan sikit dlm 1 mangkuk buh daun sup n bawang goreng.
🌾Sambal - cili padi 10biji, cili besar 2 biji, tomato 1, bawang putih 1, sos cili, akar ketumbar 1 (takde, pakai daun sup je). Masukkan air rebusan tadi 1 cawan n blend. Masak sekejap buh garam n gula.
Ok siap nasi ayam fast track, balik keje sampai umah 5.30, kul 6.40 bole makan.... Alhamdulillah...

Selamat Mencuba♥️

#resepidanpesananbonda sedappppppp♥️



0 komentar:

Post a Comment

Recent Posts